------
Lirik Lagu:
Ku Merintih
Aku Menangis
Ku Meratap
Aku mengharap
Aku mengharap
Ku meminta dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata
Perjalanan ruhku
Melengkapi sebuah kembara
Singgah di rahim bonda sebelum menjejak ke dunia
Menanti di barzakh sebelum berangkat ke mahsyar
Diperhitung amalan
Penentu syurga atau sebaliknya
Tanah yang basah berwarna merah
Semerah mawar dan juga rindu
7 langkah pun baru berlalu
Seusai talqin bernada syahdu
Tenang dan damai di pusaraku
Nisan batu menjadi tugu
Namun tak siapapun tahu Resah penantianku
Terbangkitnya aku dari sebuah kematianku
Seakan kudengari tangis mereka yg kutinggalkan
Kehidupanku di sini bukan suatu khayalan
Tetapi ia sebenar kejadian
Kembali Ruh kembali
Kembalilah ke dalam diri
Sendirian sendiri
Sendiri bertemankan sepi
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku
Kewujudan kaku jasad di dalam keranda kayu
Ajal yang datang di muka pintu
Tiada siapa yang memberi tahu
Tiada siapapun dapat hindari
Tiada siapapun yang terkecuali
Lemah jemari nafas terhenti
Tidak tergambar sakitnya mati
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi
Jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang
Menggigil ketakutan kelam pekat di pandangan
Selama ini diceritakan kini aku merasakan
Di alam barzakh jasad dikebumikan
Ku merintih
Aku menangis
Ku meratap
Aku mengharap
Ku meminta
Dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata
-------
Kesalahan Nasyid Dari Kacamata Ahlus Sunnah (Secara Ringkas):
------
1 – Menjadikan Kalamullah dan Hadis-hadis Rasulullah sebagai mainan di pentas-pentas
hiburan.
2 – Menjadikan seruan dakwah sebagai barang dagangan dan bahan mengejar glamour.
3 – Mengandungi banyak fakta-fakta hadis yang batil.
4 – Dijadikan sebagai batu loncatan untuk mengejar populariti.
5 - Mencemarkan imej dakwah.
6 – Melibatkan kaum wanita dalam hal persembahan dan gejala percampuran pergaulan
(ikhtilat)
7 – Menjadikan seolah-olah agama itu tidak lagi laku dalam medan dakwah yg sunnah, lalu
dijaja melalui bentuk hiburan, seolah-olah menyamakan seperti perbuatan paderi-paderi
kristian yang menjadikan agama mereka sebagai bahan nyanyian di gereja-gereja. (Rujuk al-
Anbiya’: 45, dan al-Ankabut: 51)
8 - Menjadikan zikir-zikir dilagukan dalam bentuk melodi-melodi tertentu, padahal ia adalah
haram. Allah memerintahkan supaya berzikir dengan rendah diri, rasa takut, dan suara yang
perlahan. (rujuk al-a’raaf: 205)
9 – Menggantikan al-Qur’an dan hadis dengan nyanyian untuk mendakwahi masyarakat,
dengan alasan bahawa masyarakat kini sudah tidak tertarik dengan al-Qur’an dan al-Hadis.
Persoalannya, adakah nabi dan para sahabat, pernah berdakwah dengan menggunakan
medium nasyid dan lagu walaupun keadaan mereka amat sukar pada masa itu, malahan
mereka lantas mengharamkan nyanyian?
10 – Menyebar-luaskan penggunaan alat-alat muzik (dan bunyi-bunyian) yang telah sedia
maklum bahawa diharamkan dalam kebanyakan hadis-hadis Rasulullah.
11 – Menyebar-luaskan video-video klip yang mana tanpa keperluan yang mana mengandungi
adegan-adegan lakonan.
12 – Sebahagiannya mengandungi kesalahan yang teruk dalam hal aqidah, malah membawa
pendengar ke lembah maksiat dalam bentuk yang halus dan dengan bertopengkan nama Islam.
------
Kesalahan Aqidah Di Dalam Lirik Lagu Di Atas:
------
“Kembali Ruh kembali
Kembalilah ke dalam diri”
1 - Menyeru (berdoa) yang entah tidak tahu kepada siapa ditujukannya.
2 – Andai diserukan kepada Allah, ia tetap bentuk doa yang batil.
3 – Tidak wujud petunjuk dari dalil bahawa jasad (mahupun suatu entiti yang berasingan
daripada roh) mampu merintih atau melafazkan perkataan seumpama itu dalam keadaan
selepas mati.
“Jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang”
1 – Menurut al-Qur’an dan Hadis, kita tidak tahu, bilakah masanya ajal akan datang
bertandang. Dan tiada manusia yang menantikan kedatangan malaikat maut. (Rujuk al-An’am:
2).
2 – Hal qadha dan Qadar, adalah suatu persoalan ghaib yang menjadi rahsia disisi Allah.
(Rujuk al-An’am: 59)
Kesalahan ke-3: Menisbahkan diri sebagai orang yang mengalami kematian lalu mampu
menceritakan kisah kematiannya kepada dunia luar.
1 – Tidaklah diceritakan hal-hal yang ghaib itu melainkan melalui perantaraan al-Qur’an dan
Rasul-Nya. Cukuplah al-Qur’an dan Rasulullah sebagai petunjuk.
“7 langkah pun baru berlalu
Seusai talqin bernada syahdu”
1 – Tidak ada talqin di waktu sesudah kematian. Talqin menurut sunnah adalah semasa
seseorang itu sedang nazak (yakni: bukan selepas mati dan dilakukan di atas kuburan), lalu
diajari dengan kalimah la ilaha illallah atau lafaz syahadah. Itulah hakikat talqin yang sebenar.
(rujukan: Ahkamul Janaiz, Sheikh al-Muhaddith Muhammad Nashiruddin al-Albani)
“Selama ini diceritakan kini aku merasakan
Di alam barzakh jasad dikebumikan”
1 - Tidak ada manusia yang mati mampu menceritakan perihal kematiannya.
2 – Jasad adalah dikebumikan di dalam kubur. Yang pergi ke alam barzakh adalah ruh.
“Ajal yang datang di muka pintu”
1 – Tidak pernah ada petunjuk Dalil yang memberitahu bagaimana bentuk dan rupa datangnya
ajal. Juga tiada petunjuk bila datangnya ia, melainkan semua itu atas rahsia Allah.
Oleh: Brother Nawawi,
http://an-nawawi.blogspot.com
http://bahaya-syirik.blogspot.com
tidak diketahui sejauh mana kebenarannya...
ReplyDeletewallahualam...
sama sama kita renungkan...
ni la kata, akhir zaman.
ReplyDelete